Frust sangat-sangat sekarang ni. Ya Allah, kenapa lahhh aku ni keras hati sangat. Kenapa susah sangat aku nak terima kekurangan dalam hidup ni. Tek reti bersyukur. Ada je yang kau nak bidas kan? Kau dah ada semua benda mira, apa lagi yang kau harapkan ? Kau sendiri tak sempurna, jangan nak berangan sangat lah. Cubalah bersyukur, appreciate everything you have. Dia sanggup buat apa je untuk kau, apa lagi tak cukup ? Cinta dia hanya untuk kau selamanya, and you know that. Apa lagi yang tak cukup ? Dia sanggup buat apa je untuk kau, dia tak pernah minta balasan. Apa lagi yang kau nak daripada dia? Dia tu yang sebenarnya yang terlalu baik untuk kau, kau tu tak layak pun untuk cinta yang dia dah berikan selama ni. Apa yang kau buat, cuma sakitkan dia. Itu je yang kau tahu kan. Ego kau tu sampai ke langit pun tak tercecah. Tolonglah, I'm begging you to appreciate. Jangan sampai benda dah takde depan mata, baru kau nak menyesal. Kadang-kadang aku pun menyampah dengan perangai kau ni. Kau betul-betul dah berubah mira. Mana pergi mira yang dulunya penyayang? Yang lembut kata-katanya, yang baik budi dan hati dia. Yang banyak bersabar. Mana pergi perempuan tu? Please change mira, I know you can. Deep down, kau bukan macam ni. Aku tahu kau tertekan lately, tapi sabarlah. Apa jadi pada prinsip kau tu? 'Biar orang buat kita, jangan kita buat orang'. Mana pergi senyuman bahagia kau? Mana pergi tawa kau? Kenapa sekarang cuma tangisan yang mengiringi malam kau? Mana pergi kekuatan kau sayang? Kau kuat, kau dah lalui semua ni dah berapa tahun. Tapi takde yang tau kan? Kau tak pernah tunjuk sesiapa, kau hadapi sorang-sorang. Depan orang, kau ceria, kau senyum, kau gelak. Tapi aku tahu kau tengah menangis kat dalam. Aku tahu apa yang kau lalui, aku mengerti, aku faham sangat. Kau lembut dan manja orangnya. Tapi lama-kelamaan aku tengok kau banyak simpan perasaan, fikiran kau fikir melalut. You deserve every tiny bit of evertything in life mira, you just don't realise that. Kau nak sesuatu tapi kau selalu tinggal tengah jalan. Bangunlah mira, kau kuat ! Kenapa kau selalu jatuh tersungkur tengah jalan and menangis? Kalau tu dapat reda kan kau, menangis lah sayang, kau tahu aku ada. Aku selalu ada bila orang lain tak tahu, bila kau tebalkan muka kau daripada kesedihan kau. Bila kau ketawa dalam tangisan kau yang mendayu-dayu dalam hati kau tu. Berhentilah berharap mira, kerana harapan hanya akan menjatuhkan kau, kau pun tahu kan? Selalu apa yang kau harapkan, akhirnya mesti takkan jadi. Jadi janganlah berharap sangat, aku taknak tengok kau terluka lagi. Cukuplah, dah lama kau bersedih. Kejarlah impian kau sekarang, sebelum terlepas. Jangan terlepas pandang benda remeh. Those little things are the one that made big things remarkable. Banyak kan sabar, Allah sentiasa bersama dengan orang yang sabar kan sayang? Hargai apa yang kau ada, hargai keluarga kau, adik-beradik kau, dan kekasih kau. Dia sentiasa ada untuk kau, jadi kau tak perlu takut. Satu je mira, jangan pernah lupa jasa orang pada kau. Kalau kau rasa sedih sangat, baca lah entry ni. Kuatkan semangat. Ni adalah hatimu memberi kekuatan pada mu. Jangan terus bersedih sayang, sesungguhnya Kami bersama mu selalu.
Yang sentiasa ada,
Hati-mu
No comments:
Post a Comment