Assalamualaikum.
Hidup ku ini, biasa-biasa saja. Tak ada yang lebih daripada tu, semua setakat sederhana. Onak duri kehidupan, biasalah. Mungkin pada yang memandang, tak ada yang terlintas di fikiran. Bahawa diri ini, sudah banyak yang dilaluinya. Tapi, apa lah sangat yang telah kulalui ini, jika mahu dibandingkan dengan orang zaman dahulu kala. Yang tak punya apa-apa padanya melainkan iman setinggi gunung. Aku fikir aku kuat, namun salahnya tanggapan itu. Mungkin sekali, belum cukup tabah gamaknya. Jika difikirkan, sedikit pun tidak menyerupai Aisyah Humaira'. Juga Fatimah, puteri Rasulullah. Ah, kau. Mengelamun saja. Mereka itu para ahli syurga. Kau pula ? Berzikir juga berat mulutnya, solat pula berat sujudnya. Allah. Aku benar-benar sudah jauh sekali. Kembali lah. Aku ketakutan.
Yang benar,
Myra
No comments:
Post a Comment